Sunday, December 18, 2005

Adi Putra

Malam ini Suhail pulang ke bilik dengan membawa cerita Adi Putra... Cerita yang menguasai media massa di samping cerita tahanan yang dipaksa ketuk ketampi sambil berbogel (Tinggalkan cerita ni dulu ya..kita cerita pasal Adi Putra dulu)..
Suhail cerita dia dah dapat tengok Adi Putra dan kehebatannya secara terus.. Bukan lagi dari suratkhabar atau siaran televisyen..
hebatnya Adi Putra..dapat menyelesaikan masalah matematik bukan setakat darjah satu atau dua..tetapi sehingga ke tahap soalan tingkatan enam..Subhanallah..
Ayahnya menceritakan beliau menamakan anaknya Adi Putra kerana kagum dengan kehebatan tok guru Hang Tuah itu..
Kalau Hang Tuah memang sudah dikenali dengan kehebatannya, sudah tentu Tok Gurunya lebih hebat lagi...
Memang panjang kalau nak diceritakan pasal Adi Putra..Mimpi ibunya..surah-surah yang diamalkan ketika mengandung (Luqman, Yusuf, Maryam)...
Tetapi apa yang ingin dibincangkan di sini ialah apa yang boleh kita dapat dari Adi Putra ni?...
Apa yang berada di fikiran sekarang, ialah kita mesti berusaha untuk menambah dan meramaikan Adi Putra di bumi Malaysia ini..
Sudah tentu kita hairan bagaimana seorang kanak-kanak berusia 6 tahun mampu menyelesaikan masalah matematik yang begitu rumit..tentu kita pernah membaca kehebatan Ibnu Sina kan?...Ibnu Sina dapat melukis salur darah yang terdapat dalam badan manusia secara terperinci...Bagaimana beliau boleh melihat sedangkan pada zaman tersebut, tidak ada alat-alat yang canggih seperti sekarang..
Apa yang dapat difikirkan oleh fikiran yang terbatas ini ialah semuanya adalah anugerah Allah SWT..
Oleh itu, kita perlu berfikir bagaimana kita juga dapat mempunyai anak seperti Adi Putra..
Hukamak ada mengatakan :" Proses untuk mendapatkan anak-anak yang baik dan soleh, bermula 100 tahun sebelum anak tersebut dilahirkan"..
Ertinya..apa yang kita lakukan, amalkan, apa yang kita makan pada hari semalam, hari ini dan hari esok akan menentukan bagaimana anak-anak kita nanti..
Bermula dari sekarang, kita perlu mula merancang untuk mendapat anak yang kita idam-idamkan..
amalan kita setiap hari, akhlak kita, apa yang kita makan, sedikit sebanyak akan mempengaruhi anak kita nanti..
Jadi, bermula dari sekarang, kita harus meningkatkan amalan, menjaga akhlak, makan makanan yang berkhasiat suci dan halal..
Tanamlah azam dan tekad serta banyakkan berdoa..mudah-mudahan lebih ramai lagi Adi Putra dapat dilahirkan agar Islam dapat gemilang sekali lagi..
Anak-anak, harta yang paling berharga..

Tazkirah hari ini: Hebatnya Allah, DIA berkuasa menjadikan sesuatu yang mustahil itu kepada tidak mustahil...

Monday, November 28, 2005

Cerita Pasal Raya

Cerita pasal raya...
Rasanya raya kali ni, mmg sakan aku beraya.. Dari Johor, sampai ke Kedah, aku beraya sakan.. mana taknya, raya pertama, aku dan famili dah ke JB..melalui Kota Tinggi.aku dan famili beraya dengan datu saudara aje.. maklumlah tok dan wan nun jauh di Kedah... Raya ke2,ke3 sekadar berada di rumah, menunggu tetamu yang dah janji nak datang..dan tak sabar menunggu raya ke4 pasal nak balik Kedah..dah lama aku tak balik kedah..dah setahun lebih rasanya...Aku dan famili berada di Kedah selama 5 hari..memang raya sakan..pagi-pagi kuar..malam balik rumah tok..terus tidur..Habis satu Kedah aku dan famili pusing..
Balik dari kedah..terus ke JB lagi skali..kali ni aku dan kwn2 la..famili tak ikut..pasal aku pun nak melawat rumah kwn2 kat JB..mmg dlm hati bertekad, raya kali ni, aku kena turun JB jgak..tak kiralah apapun yang terjadi..walaupun masih terasa keletihan travel dari kedah sampai B.Pahat..namun, ada sesuatu yang istimewa menanti di JB menyebabkan keletihan yang aku alami hilang..satu inspirasi, semangat, pelengkap, dan masa hadapan berada di JB..dan aku aku menemuinya di sana..

Dan raya kali ini..julung2 kali aku mengadakan satu program yang dapat mengumpulkan rakan2 uia walaupun kami sedang bercuti..Syoknya Raya di Batu Pahat..atau marhaban sebenarnya..mmg rasa bersyukur..kerana kemeriahan marhaban..walaupun ada objektif yang tak tercapai..Lebih Istimewa apabila inspirasi, semangat, pelengkap dan masa hadapan ...berada di rumahku..
Keluar pagi..malam baru sampai rumah..

Apa yang aku tulis kat atas?...aku pun tak tau..
Tapi yang penting..raya kali ni mmg aku rasa sgt GEMBIRAAAAA :)

Tazkirah untuk hari ini: Kadang2 kita tak menyangka bahawa Allah akan mengurniakan sesuatu nikmat itu kepada kita menyebabkan kita berasa amat gembira..kadang2 kita juga tidak menyangka, Allah akan menarik nikmat dari kita..menyebabkan kita berasa amat sedih..justeru bersedialah untuk menghadapi kedua-duanya..kerana kedua-duanya adalah adalah kurniaann Allah yang pasti ada kebaikan untuk kita..

Tuesday, November 01, 2005

Dah habis dah...exam

Alhamdulillah petang tadi dah habis peperiksaan akhir semester...pengakhiran yang kurang memberansangkan :( agak kecewa..."carry mark" pun sikit aje...hanya kepada Allah tempat bergantung harap sekarang...

"Ya Allah, bukakanlah pintu hati pensyarah-pensyarahku untuk memberi markah yang tinggi kepadaku ketika menanda kertas jawapanku..berikanlah mereka ketenangan dan ketenteraman ketika menanda kertas jawapanku dan kertas jawapan rakan-rakanku agar mereka dapat memberi yang terbaik untuk kami..perkenankanlah doaku Ya Allah..sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..Tiada yang aku harapkan melainkan Engkau Ya Allah..."

Kertas terakhir yang aku ambil pada petang tadi diakhiri dengan berita yang jarang juga didengari.Rasa simpati ada, rasa kelakar pun ada juga..hehe..Ada seorang rakan yang agak rapat juga pitam semasa peperiksaan..Sewaktu pitam, kerusi dan meja sekali terjatuh..apa lagi, kecohlah satu dewan peperiksaan..Mungkin kerana empat kertas berturut-turut yang perlu diambil ditambah dengan dua kertas pada satu hari..memang kesian..mana tak pitam..mungkin studi tanpa henti..
Akhir sekali kena ambil "special exam"..
Sebaik sahaja habis peperiksaan, aku,Suhail dan Amir membuat keputusan untuk berbuka puasa di kedai hari ni..nak makan "fast food"..malangnya semua penuh...
Maka berbukalah kami dengan hanya roti dan air tin...
Selesai solat Maghrib, barulah kami makan makanan berat..
Kami mengambil keputusan untuk jalan-jalan sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman..
Memang ramai orang..Pening kepala dibuatnya..akhirnya hanya cuci mata dan tak beli apa-apa..
Itulah cerita saat-saat akhir Ramadhan...Esok dah nak balik rumah..tak sabar rasanya..Tahun ni tak pernah lagi berbuka dan bersahur dengan air tangan mak..yang dapat dirasa, air tangan pakcik-pakcik surau dan masjid tempat aku selalu berbuka..
Mak, nantikan kepulangan anakmu..


Kata-kata renungan untuk hari ini:

"Sayangnya Allah kepada kita...diberiNYA banyak peluang dan kesempatan untuk menambah pahala dan kebajikan..Dengan senyuman dan sekadar memberi salam pun diberinya ganjaran kebajikan dan ditambah pahala..Mudah kan?..cuma kita yang tak pandai mengambil kesempatan"

Sunday, October 30, 2005

Akan Berakhirnya Ramadhan

Sedar tak sedar malam ni dah malam yang ke 26 Ramadhan..Cepatnya masa berlalu..
Ramadhan tahun ni memang aku akui tak dapat merasai kenikmatannya..Sedar-sedar dah nak berakhir pun..sedihnya..
Ramadhan tahun ni, aku tak begitu merasainya sebab Ramadhan disambut sewaktu musim peperiksaan akhir semester..Hari Isnin ni kertas yang terakhir dan lagi 2 hari nak raya..memang tak terasa pun nak raya..
semuanya sebab periksa... memang tumpuan pada Ramadhan terjejas..tambah-tambah orang yang studi saat-saat akhir macam aku..hehe..
malam-malam memang la berjaga..tapi sebab utama bukan nak menyembah Allah yang Esa..
Tapi membaca buku dan studi sebab nak periksa..harap-harap dapat juga pahala..
Bulan Ramadhan nie, memang boleh berjimat cermat..boleh dikatakan tiap-tiap hari berbuka secara percuma..kalau tak di masjid, di surau yang berdekatan..
Surau yang selalu menjadi sasaran aku dan rakan-rakan adalah surau Taman Melewar..Ini tempat rahsia dan istimewa kami sebab tak ramai budak-budak uia yang tau..
Makanan memang sedap-sedap..
Aku tak pernah menyangka dapat makan stik sewaktu berbuka..di surau ni aku dapat merasa..
Udang harimau seminggu dalam dua tiga kali menjadi salah satu hidangan berbuka..
Hari ni, aku macam biasa sebaik sahaja tamat periksa, terus ke surau Taman Melewar, berbuka seperti biasa..
Tetapi ada sesuatu yang luar biasa..sebaik selesai solat MAghrib,pak cik di sebelah menegur bertanya aku tinggal di mana..jawapan yang biasa aku berikan...UIA...
Dia bersalaman dengan aku..tanganku digenggamnya erat.. Selepas itu dia berlalu..Aku tunaikan solat sunat..dengan tujuan untuk menampung solat fardhu tadi..aku memang akui, jarang benar dapat bersolat dengan khusyuk..di samping tu, boleh juga tambah pahala..
sebaik selesai solat sunat, rupanya pak cik tadi dah sedia menanti..diajaknya aku berbual..
soalan-soalan biasa sewaktu awal perkenalan diajukan..kami bertukar-tukar soalan..
PAk cik tu juga ada bagi nasihat..selepas tu, dia minta nombor telefon aku..aku pun bagi la..
Kemesraan yang ditunjukkan memang luar biasa..memandangkan kawan-kawan dah menunggu, aku meminta diri..
sebelum berpisah aku bersalaman sekali lagi dgn pak cik tu..memang erat genggamananya..
selepas tu dia peluk aku..memang erat..
hari ini aku merasakan sesuatu yang luar biasa..pelik juga, dalam ramai-ramai orang, kenapa aku yang ditegurnya..siap minta nombor telefon lagi..
Mungkin ada petunjuk dan petanda..
ok, itu sahaja cerita aku dan hari-hari terakhir Ramdhan...

Saturday, October 01, 2005

Bosannya 29 hb September

29 hb September sepatutnya berlangsung Pilihanraya Kampus di UIAM,
tapi seolah-olah macam tak ada apa-apa,
aku yang memang kena siapkan assignment langsung terlupa,
bila petang tiba, baru aku teringat hari ini sepatutnya berlangsung satu peristiwa,
yang memang penting sebenarnya,
tapi semua berlalu seolah-olah hari ini tak ada apa-apa,
tak ada poster yang ada muka,
tak ada kempen,
tak ada orang yang berjalan dari bilik ke bilik,
semuanya tak ada..
hambarnya pilihanraya..
semua kerusi dimenangi tanpa pertandingan,
tak cukup kerusi lagi bila hanya 20 sahaja terisi,
beginilah nasib pelajar di Taman Ilmu dan Budi...
Hari Pilihanraya berlalu tanpa disedari..
Hambarnya pilihanraya tahun ini...

Saturday, September 24, 2005

Nak yang Terbaik

Setiap hari dalam hidup, kita nak yang terbaik untuk diri kita. Kalau tak dapat yang terbaik, pasti kita kecewa. Betul tak? ke aku sorang je yang rasa macam tu? Apapun, tak pe la. Aku memang nak yang terbaik untuk diri aku. Cuma kadang-kala kita rasa kita dah usaha yang terbaik, tapi keputusan yang kita dapat hasil usaha yang terbaik tu tidaklah yang terbaik atau seperti yang kita harapkan. Sedikit sebanyak, kita akan berasa kecewa dan hampa. Dalam hati akan terdetik "Apa salah aku? Aku dah buat yang terbaik" Akan tetapi, kadang kala, usaha kita bukanlah yang terbaik, tetapi hasilnya lebih daripada apa yang kita harapkan. Saat ini barulah kita tahu betapa baiknya Allah.

Apapun yang berlaku, kita mesti yakin segalanya telah ditentukan..Mana tahu perkara yang kita nak, akan mendatangkan keburukan kepada kita..Sebaliknya perkara yang kita tak suka akan memberi manfaat kepada kita.

Yang penting kita mesti sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik dengan Allah.
Hal-hal yang kita tidak ingini yang menimpa kita perlu dianggap sebagai ujian daripada Tuhan untuk menguji hambanya.
Satu Ayat di dalam Al-Quran(ertinya):
"Janganlah kamu mengaku yang kamu telah beriman kepada Allah sedangkan kamu belum diuji"
Hidup tanpa sebarang ujian, tak bermaknalah hidup..
Teringat kata-kata Hamka di dalam novel "Merantau ke Deli":
Dalam hidup ini pasti banyak bukit dan gunung yang perlu kita daki dan kita turuni..
Pasti terasa payah dan sukar sewaktu mendaki..Namun teruskanlah kerana selepas itu, kita bakal menuruni. Memang mudah apabila menuruni. Namun jangan terlalu gembira dan berhati-hatilah kerana kita mungkin tergelincir. Selepas itu kita perlu bersedia untuk mendaki lagi. Mungkin lebih tinggi. Jalan rata yang bakal kita tempuhi hanyalah apabila kita menemui Ilahi.

Friday, September 23, 2005

Tak Lama Lagi Ramadhan Tiba

Nisfu Syaaban dah lepas dah..tak lama lagi Ramadhan bakal tiba..Tapi dalam bulan Syaaban ni pun kena banyak buat amalan sebagai latihan sepanjang Ramadhan..Berpuasa sunat misalnya..kalau dah biasa berpuasa, maka mudahlah untuk kita terus berpuasa dalam bulan Ramadhan nanti..Tambahan pula dalam bulan Ramadhan nanti ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan..seribu bulan!!! lama tu..Rugilah kalau kita melepaskannya..Cuma kita tak pasti bilakah malam yang lebih baik dari seribu bulan tu..Oleh sebab itu, kita kena berusaha untuk mendapatkannya..Jadi kena berlatih bermula dari bulan Syaaban..Membiasakan diri bangun malam misalnya..InsyaAllah, kalau dah biasa bangun malam dalam bulan biasa, maka mudahlah juga bagi kita untuk bangun malam dalam bulan Ramadhan nanti.. Rugi tak rebut peluang yang besar begitu.. Allah memang sayang kepada hambaNYA..Umat-umat yang terdahulu, umur mereka panjang-panjang..maka sahabat-sahabat Rasulullah menyatakan kepada baginda yang umat terdahulu bolehlah banyak buat amalan kerana umur mereka panjang-panjang..Maka Rasulullah pun menjawab yang umat baginda dianugerahkan oleh ALLAH dengan LAILATULQADAR..iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan...
Tak sabar rasa hati menantikan Ramadhan..
Seronoknya kalau dapat bertemu dengan Lailatulqadar..
Ya Allah..temukanlah aku dengan Lailatulqadar agar dapat aku beramal sebanyak-banyaknya pada malam tersebut..

Monday, September 19, 2005

Beginilah Nasib

Hari ini aku dan ramai lagi pelajar tahun empat uia perlu mendaftar pelajaran untuk subjek semester akhir kami...kena pilih pensyarah yg betul-betul baik ni, kalau tidak, meranalah diri..
aku tak mahu mengulang semester..hehe
maka aku menumpang motor Suhail untuk mencari cc yang terdekat...
Alhamdulillah ada cc yang memang tak menjadi tumpuan budak-budak uia...
maka aku dan suhail pun menolak pintu cc tersebut...
wah..memang menakjubkan...
meriah betul...
ramainya orang..
orang?..budak-budak sekolah rendah..
bukan guna internet pun...
tapi main game..
penuh satu cc main game..
bayangkanlah...budak-budak sekolah rendah main counter strike kat cc...
banyak betul duit depa..eh duit mak ayah depa kot..
paling sedih, semua orang Melayu...menghabiskan masa petang mereka dengan main counter strike..
beginilah anak Melayu...
baru sekolah rendah dan baru satu kawasan terpencil di Gombak..
belum lagi dilihat di kawasan lain...
apa nak jadi agaknya...

Tuesday, September 13, 2005

Mimpi

Percayakah kita kepada mimpi?...ada yang menganggap mimpi ada kaitan dengan realiti dan ada yang menganggapnya sebagai sekadar fantasi..
Apapun anggapan orang ramai, pasti ada yang pernah mengalami apa yang dimimpikannya menjadi kenyataan..
Pelik tapi benar!!!
Itulah salah satu tanda kekuasaan TUHAN...
Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang pada fikiran manusia dianggap mustahil...
Allah berkuasa menghidupkan dan Allah juga berkuasa mematikan...
Pendek kata HEBATNYA ALLAH...
Rasulullah juga pernah menerima wahyu melalui mimpi..
Allah juga memberi petunjuk kepada manusia melalui mimpi..

Namun, ada juga mimpi yang sekadar sia-sia..
Ini mimpi yang tidak boleh dipercaya..
Mungkin sekadar mainan syaitan untuk melalaikan manusia..

Apapun yang utama ialah kita perlu sentiasa memohon petunjuk dari Allah SWT..kerana Allah maha mengetahui segalanya..
Allah tahu apa yang terbaik untuk manusia..

Semalam aku bermimpi..
bertemu insan yang ku sayangi..
bersama keluarga bersama di sisi..
terjaga dari mimpi..
aku bertanya sendiri..
benarkah mimpiku ini..
atau sekadar fantasi..

Biarkan sahaja masa berlalu..
Aku hidup seperti selalu..
meneruskan kehidupanku..
Hari ini ada sesuatu yang berlaku..
sama seperti dalam mimpiku..

Adakah mimpiku itu mainan tidurku..
atau ada petanda tertentu..
Apapun Tuhan lebih tahu..
aku berdoa semoga Tuhan memberi apa yang terbaik untukku..

Baru lagi...

Baru mula nak berjinak-jinak tulis dalam blog nie..Orang lain dan kawan-kawan dah lama mula..
tapi takpe la kan..memang aku nie lambat sket dlm perkembangan dunia teknologi maklumat nie..
yang penting aku dah bermula...lepas nie boleh la tulis banyak lagi..
kata-kata menarik untuk permulaan ialah: kita tak akan ke mana. kalau kita tidak kemana-mana"

Dalam hidup, kita perlu bermula dan berani untuk memulakan sesuatu..betul tak?..
maksudnya lebih kurang begini la..untuk melakukan sesuatu, kita perlu bermula..seribu langkah bermula dengan langkah yang satu kan?..

berani memulakan sesuatu, merupakan satu kejayaan dlm hidup kita..Thomas Alba Edison(betul ke aku eja nama nie..kalo salah betulkan)...dalam usaha beliau menghasilkan mentol, telah gagal sebanyak 999 kali..pada kali yang keseribu, barulah beliau berjaya menghasilkan mentol..ok itu je dulu untuk kali nie..

harapnya usaha ini dapat memberi manfaat kepada semua..