Thursday, October 21, 2010

Anak

Pagi tadi, semasa memandu kereta untuk ke tempat kerja, saya mendengar radio IKIM (frekuensi di Lembah Klang: 91.5).
Salah satu slot dalam Warna Pagi di IKIM.fm ialah Motivasi Pagi..
Kali ini giliran Ustaz Rujhan..
Apa yang menarik pagi ini ialah pepatah Arab yang disebut oleh Ustaz Rujhan:

" Mereka yang belum mempunyai anak, belum merasai kemanisan hidup.. Dan mereka yang telah mempunyai anak tak akan merasai kerehatan hidup"

Saya tersenyum sendiri..
Memang betul pepatah tersebut..
Sejak kehadiran Amna Huda dalam hidup saya, boleh dikatakan saya selalu sahaja tersenyum sendiri bila terkenangkan keletahnya.. tambahan pula apabila Huda dah boleh berjalan sendiri sewaktu berusia 14 bulan..semakin banyak aktiviti yang dilakukannya..

Melalui pembacaan, anak-anak dalam usia begini akan melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian ayah dan ibunya..contohnya, kita ketawa sewaktu dia membuat memek muka yang lucu.. anak ini akan berterusan membuat memek muka tersebut untuk menarik perhatian kita..itulah yang berlaku kepada anak saya..

Selain kemanisan, sejak kelahiran anak, semakin kuranglah rehat kita..tak apa, Allah dah tetapkan anak yang baru lahir, akan kerap terjaga malam..itu untuk melatih kita supaya lebih bersedia kerana cabaran yang lebih besar menanti apabila anak itu semakin meningkat usianya..
Saya rasa, sejak anak lahir, saya cuma boleh tidur selepas anak dah tidur..pada waktu itu pula saya telah keletihan melayan keletahnya dan cuma sempat melakukan aktiviti lain sekejap sahaja sebelum saya turut tertidur..

Itulah erti mempunyai anak..sangat manis..dan dalam masa yang sama, agak letih..tetapi kemanisan itu akan mengubat keletihan kita..percayalah..

Tuesday, October 12, 2010

Tahniah Ee

Adik saya yang nombor dua, namanya Ahmad Fitry Ramlan..

Dalam keluarga, dia dipanggil Ee..

Huda memanggil Ee, Pak Teh (tapi cuma mampu menyebut "Pak pak" sahaja setakat ni)

Sekarang berumur 24 tahun..

Pada 2 Oktober 2010 yang lalu, adik saya telah menerima Ijazah di Pesta Konvokesyen UIA..



TAHNIAH EE!!

Semoga menjadi orang yang berguna untuk agama, bangsa dan tanahair