Monday, October 19, 2009

SEPI

Dua minggu berturut-turut rumah saya dipenuhi oleh sanak saudara..

Minggu lepas, Abah dan ibu mentua datang kerana menghadiri konvokesyen adik ipar saya, Farah..
Maka rumah kami turut dikunjungi kak ipar (kak Yan), adik ipar (aishah(masih bersekolah) dan asan(UiTM))

Pada Sabtu dan Ahad yang lepas, Mak, Abah,adik Husna (dari Batu Pahat), Kak Ngah (dari Gemas) dan EE (Uia) dan Mak Jang, Pak Jang, Tok dan Wan dari Kedah bertandang ke rumah kerana ingin bercuti bersama..

kebetulan mak dapat cuti sedikit panjang kerana Deepavali..

Tok dan Wan pula teringin benar berjumpa dengan cicit mereka, Amna Huda..
Keluarga kami dah bertambah besar rupanya..
sayu bila dengar tok cakap "Takut tak sempat tengok Huda..sebab tu kami mai"..

Hari ni, rumah kami sepi kembali..
Rindu pada hilai tawa dan gurau senda adik beradik..

Rindu saat kami makan beramai-ramai..
Rindu pada adik beradik yang sentiasa mengerumuni Huda bila dia terjaga..
Rindu pada keletah masing2 yang berebut2 mendukung Huda..
Rindu pada semua..

Hari ini, rumah kami sepi kembali
Harapnya Huda tak merasai kesepian ini..dan mengubati sepi..
Dengan senyum girang..

4 comments:

nazat said...

erm.. papa nathemin..

bila la auntie nie nak ketemu sama amna huda??

nadmin said...

dtg la rumah..ajak member lain sekali..hari Ahad ni InsyaAllah free..

Tapi Huda demam le skrg..baru lepas kena cucuk semalam..huhu..

dtg la..mungkin kehadiran saudari dapat menyembuhkan demamnya (feewiit!!!)

'arif said...

Selamat HAri Lahir bro!

arin said...

nadmin, aku tag ko ;)